BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 6, 2010

MENGAPA KITA SELALU LUPA???

Mengapa Anda Selalu lupa?
Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!!! Itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kit abaca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan
Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, Cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.

Fahami apa yang dibaca Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.
Hafal kata kunci Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingat keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Pecahkan Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3kumpulan kecil secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

Mengapa Mengantuk Apabila Belajar?
Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat, tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.
• Tidak cukup tidur.
• Tidur yang berlebih-lebihan.
• Makan terlalu banyak.
• Badan terlalu letih.
• Tiada minat belajar.
• Membaca hanya satu hala/cara
• Tiada nota ringkas.
Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu
Imbas 5 minit setiap 2 minggu
Imbas 5-10 minit di musim peperiksaan.

Gunakan teknik-teknik ingatan
Untuk memudahkan lagi proses mengingat fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonic, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.

Ajarkannya kepada orang lain
Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan..

Friday, January 1, 2010

Motivation..

Rahsia disebalik nama...

S Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan

I Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum

I Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum

H Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadilli sesuatu perkara

O Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka

L Kamu amat percaya pada cinta

I Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain tersenyum

N Kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat

WELCOME 2010

Tuesday, December 29, 2009


KITA MENIPU DIRI SENDIRI

Banyak orang menipu orang lain
Kita menipu diri sendiri
Tapi kita tidak sedari
Perhati dan fikirlah

Kita menjadi hamba dalam suasana kemerdekaan
Kerana undang-undang kita dari otak orang lain
Bukan dari konsep Ilahi
Kita papa dalam kekayaan
Kuasa ekonomi dipegang oleh orang dagang
Kita lemah dalam ramai
Kerana kita tidak lagi diikat oleh tali Allah

Dunia dalam hati
Lari dari mati
Fizikal sahaja yang digilap
Hati mati Kita bodoh dalam cerdik
Dengan ilmu yang ada tidak sanggup berdikari
Kalau tidak menyerahkan nasib dengan orang lain

Kita jauh dari agama
Dalam suasana Islam agama resmi
Islam kita hanya slogan-slogan
Bukan amalan Ilmunya tidak dipelajari

Nukilan: Ayahanda

renungan semua...

MANUSIA TANPA USAHA

Manusia sering meminta,
Tetapi tiada usaha,

Manusia meminta jauh nun untuk digabai,
Namun tiada cara untuk mencapai,
Sebab itu apa yang diminta,
Hanya tinggal permintaan.

Manusia sering melakukan duka,
Tetapi kurang melakukan suka,
Dugaan menimpa mengugat jiwa,
Namun manusia tetap meminta tanpa usaha.

Kalaupun datangnya suka,
Itu hanya sementara,
Kerana kita manusia durjana,
Yang sentiasa lega dan alpa,
Kerana kenikmatan dunia seketika.

Yang kekal selamanya,
Hanya hak mutlak dari-Nya,
Tadahlah tangan berdoa,
Kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan selamanya,
Hanya dengan izin dari-Nya.

Nukilan:
Mohd Faisal Bin Mohd Razali
30 Julai 2009

Monday, December 28, 2009

MENENTUKAN KERJAYA MENGIKUT MINAT ANDA

Mungkin tiada sesiapa pun pernah terfikir mahu menjadi seorang aktuari, penganalisis sistem, ahli psikologi, atau pakar nuklear kerana jawatan sebegini tidak begitu didedahkan kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Antaranya termasuklah kerja sebegini tidak begitu melibatkan orang ramai, kurang permintaan terhadapnya dan diceburi oleh golongan atau kaum tertentu sahaja. Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain. Anda boleh memasuki pasaran kerja melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah:

1. Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi.
Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk menjawat jawatan seperti ii, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

2. Program Politeknik, dan Vokasional.
Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusat-pusat latihan badan berkanun dan sektor swasta.

3. Program Sektor Awam
Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan.

4. Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta
Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dan badan profesional tempatan.

5.Latihan Angkatan Tentera atau Polis
Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

6. Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos
Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan.

ANALISIS KERJAYA DIRI
Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat.

Pemandangan Yang Indah

Tuesday, November 17, 2009

How To LOVE?


Love is a strange feeling that can be one of the most amazing in all the world. Sometimes the emotions associated with love are blissful, and there are times when they can really hurt. In the end, love is something most of us, if not all of us, will encounter. While there are many different ways to define love and there are many different ways to love someone (or even yourself), here is a general guide to loving.